awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Amar jawab kritikan berhubung penganjuran konsert dalam negara

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/08/2022
03:00 MYT
Mohd Amar jawab kritikan berhubung penganjuran konsert dalam negara
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mewakili parti itu dalam kerajaan mempunyai kuasa yang terhad. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: "Jangan cepat menyalahkan Pas berhubung penganjuran beberapa konsert dalam negara tahun ini."
Sebaliknya, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mewakili parti itu dalam kerajaan mempunyai kuasa yang terhad.
Kementerian dalam kerajaan mempunyai bidang kuasa masing-masing yang mana kuasa Menteri Agama itu hanya membabitkan bidang kuasa berkaitan agama.
"Dia kita kena tengok kerajaan ini, kementerian ini, dia ada bidang kuasa masing-masing jadi kita kena tahu bidang kuasa siapa yang meluluskan itu, itu isunya.
"Kalau orang lain lulus, adakah Menteri Agama boleh bertindak? Kena faham fungsi itu sebab Menteri Agama, dia tak ada kuasa bertindak, dia hanya Menteri Agama menguruskan agama, kelulusan orang lain jaga. Kena faham jangan nak menyalahkan tak tentu hala," katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan sebahagian netizen di laman sosial yang menempelak Pas kerana tidak bertindak tegas termasuk membantah penganjuran konsert di dalam negara.
Ketua Pemuda Pas pada Jumaat lepas mengecam penganjuran konsert bertalu-talu di negara ini sambil menyifatkannya sebagai 'kerja gila'.
BACA: Konsert 'bertalu-talu' kerja gila - Pemuda Pas
Kenyataan itu dibuat selepas konsert Billie Eilish, 'Happier Than Ever, The World Tour' di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.
Beberapa artis barat juga akan membuat konsert mereka antaranya Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum Scott, Boy Pablo dan Keshi yang dijadualkan berlangsung bermula bulan depan hingga Disember nanti.
Penganjuran konsert berterusan itu menimbulkan rasa kurang senang sebahagian rakyat Malaysia termasuk penyokong Pas.
Topic Berkaitan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#penganjuran konsert
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
#Pemuda Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan