MALAYSIA
Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu berkuat kuasa esok

Dusuki, 57, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. - Foto AGC
PUTRAJAYA: Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok.
Ringkasan AI
- Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu berkuat kuasa esok, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
- Pelantikan Mohd Dusuki mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.3, Mohd Dusuki mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan dan berkelulusan undang-undang dari UIAM dan University of Wollongong, Australia.
Dusuki, 57, menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Shamsul Azri berkata Mohd Dusuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.
Beliau mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC.
Sementara itu, Shamsul Azri turut menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Terrirudin atas perkhidmatannya selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara sejak 6 Sept 2023.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami