Peguam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM15 juta daripada Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman peguam itu.
Mohd Hafarizam, 47, yang banyak mewakili Najib dalam kes saman sivil bekas Perdana Menteri itu, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafarizam, didakwa melibatkan diri secara langsung dalam dua transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM11,500,000.00 melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Tetuan Hafarizam Wan Aisha Mubarak (HWAM) di CIMB Bank Berhad.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan PWTC, Suite 1, Level 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, di sini antara 16 April 2014 dan 4 Nov 2014.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hafarizam didakwa melakukan kesalahan sama berjumlah RM3,500,00.00 melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib, yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama di CIMB Bank Berhad di tempat sama pada 12 Feb 2015.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam mencadangkan Mohd Hafarizam diikat jamin dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam berkata pihaknya bersetuju dengan tawaran jaminan dan syarat menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Azman membenarkan Mohd Hafarizam diikat jamin RM500,000 dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 25 Mac untuk sebutan semula kes.
Dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa kes seorang individu warga Britain iaitu bekas penasihat media Najib, Paul Stadlen telah didaftarkan di mahkamah secara in absentia, semalam, bagi mendapatkan waran tangkap terhadap lelaki itu.
"Terdapat kes Paul Stadlen didaftarkan di mahkamah berasingan di sini semalam dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya. Sekiranya beliau berjaya dijumpai dan dituduh secara fizikal di mahkamah, kes Mohd Hafarizam dan kes ini akan dipohon untuk dibicarakan bersama. Usaha mengesan beliau (Stadlen) telah dijalankan, pohon satu tarikh sebutan semula kes," kata Ahmad Akram.
Ahmad Akram ketika ditemui pemberita memberitahu langkah yang dilakukan untuk memburu Stadlen adalah mendaftarkan kes di mahkamah, mendapatkan waran tangkap dan menyerahkan waran tangkap kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Stadlen dikatakan telah melarikan diri dari Malaysia selepas kekalahan bekas Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Sementara itu Mohd Hafarizam yang memakai sut hitam kelihatan tenang dan tidak lekang dengan senyuman serta dilihat bertegur sapa dengan pengamal media serta rakan-rakannya yang mengerumuninya sebaik prosiding tamat.
Ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen untuk ke kaunter jamin bagi membayar wang jaminan, Mohd Hafarizam memberitahu beliau menyerahkan kesnya kepada pasukan pembelaan.
"Saya akan menyerahkan kepada barisan peguam saya yang diketuai Datuk Hasnal dan Datuk M.Reza Hassan untuk memberi yang terbaik. Oleh kerana kes ini telah pun disebut di mahkamah dan saya telah dituduh, maka ia telah menjadi subjudis. Jadi saya tidak boleh komen lebih, kecuali saya akan menggunakan forum mahkamah ini untuk membersihkan nama saya," katanya.
Sebelum mahkamah bersidang bermula, Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen untuk bertemu Mohd Hafarizam yang ketika itu berada di bilik saksi manakala selepas prosiding berakhir, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba untuk bertemu Mohd Hafarizam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 21 2019
Mohd Hafarizam (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM15 juta daripada Najib yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman peguam itu. --fotoBERNAMA
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - Saksi
Seorang pegawai SPRM berkata beliau diarahkan membuka aduan terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM6.9 juta daripada sebuah syarikat berhubung projek Jana Wibawa.
SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
SPRM menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram.
Pengarah syarikat didakwa 17 pertuduhan terima wang hasil aktiviti haram lebih RM160 juta
Seorang pengarah syarikat didakwa atas 17 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, berjumlah lebih RM160 juta.
RoS sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan - Saifuddin
RoS diarahkan untuk menyediakan laporan mengenai status ketidakpatuhan pertubuhan termasuk terlibat dalam aktiviti haram.
Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.
AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.
Bintang porno nikah dengan kru sendiri di balai polis
Seorang bintang porno dan kru dari filem yang sama menikah di sebuah balai polis selepas ditahan pihak berkuasa kerana melakukan aktiviti haram tersebut.
Bekas eksekutif akaun firma guaman didakwa lupus, pindah, terima wang lebih RM1 juta
Bekas eksekutif akaun firma guaman Abu Zarin Haron sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas 8 pertuduhan melupus, memindahkan dan menerima lebih RM1 juta.
Jurujual didakwa terlibat pengubahan wang haram RM1.2 juta
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta.
Suami isteri didakwa terlibat aktiviti haram babit RM6 juta
Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.