awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Khalid mulakan tugas rasmi sebagai KPN hari ini

Bernama
Bernama
23/06/2025
10:23 MYT
Mohd Khalid mulakan tugas rasmi sebagai KPN hari ini
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Mohd Khalid tiba di ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman dengan menaiki kenderaan rasmi dan menerima penghormatan Guard Turn Out oleh Cawangan Kem Komandan sebagai tanda bermulanya era baharu kepimpinan tertinggi pasukan.
Menurut PDRM, ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Sri Muhammed Hasbullah Ali.
"Mohd Khalid kemudian diiringi ke tingkat 31 untuk menandatangani dokumen pelantikan sebagai simbolik permulaan tugas.
"Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azhan Abdul Halim," menurut PDRM dalam hantaran di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Khalid Ismail
#mulakan tugas rasmi
#Ketua Polis Negara ke-15
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan