PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.
Perkara itu dimaklumkan oleh setiausaha politiknya Dr Muhamad Razak Idris dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sejak kebelakangan ini, pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mendapati gambar serta profil dan kedudukan Mohd Na'im telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sehubungan dengan itu, pejabat ini menafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terlibat dalam urusan mengajak atau mempromosikan untuk menyertai mana-mana kumpulan di media sosial terutamanya di aplikasi Whatsapp, Telegram mahupun Facebook," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan polis dan melaporkan hal itu kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.
Justeru, semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima pelawaan tertentu menggunakan profil serta maklumat peribadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terutamanya menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.- Gambar fail/Bernama
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Tidak penuhi syarat perjawatan sukarkan guru KAFA diserap ke jawatan tetap
Kesulitan menyerap guru KAFA kepada perjawatan gred tetap adalah kerana syarat yang tidak dipenuhi seperti masa bekerja mereka.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
GISB: Fokus utama pulihkan kanak-kanak, kembalikan ke pangkuan keluarga - Mohd Na'im
Usaha pemulihan bagi kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global membabitkan GISB dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan kemahiran.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Kehadiran ulama ke Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari cermin komitmen Malaysia pelihara warisan ilmu
Penganjuran majlis selaras aspirasi kerajaan yang bercita-cita untuk memupuk nilai kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam.
Isu mimpi bertemu Rasulullah: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah akan beri pencerahan
Mohd Na'im berkata Jakim juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat.
Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.
Orang ramai dijemput sertai Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari bulan depan
Program itu bakal menghimpunkan para ulama serta ilmuan tersohor dari dalam dan luar negara untuk menyampaikan syarahan.