awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain

Bernama
Bernama
29/08/2024
09:58 MYT
Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain
Semalam, Ibrahim hadir ke lokasi pencarian mangsa tanah jerlus dan memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar 'Raja Bomoh' dengan segera bagi memberikan nasihat tentang batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan agama Islam.
Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya maklum dengan kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran Ibrahim Mat Zain di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam.
"JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ibrahim hadir ke lokasi pencarian mangsa tanah jerlus dan memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa.
Ibrahim turut dilihat merenjis air 'istimewa' di sekitar lokasi berhampiran kejadian.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata Ibrahim telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) pada 2017 kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina dan telah membuat pengakuan bersalah.
"Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu berkenaan menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506)," katanya.
Pada 23 Ogos lepas, satu insiden tanah jerlus berlaku di Jalan Masjid India dan menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai G. Vijaya Laksmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Agama
#Mohd Na'im Mokhtar
#Raja Bomoh
#Ibrahim Mat Zain
#Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan