awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah

Bernama
Bernama
31/03/2024
10:30 MYT
Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah
Mohd Na'im yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang batu karang dari kelenjar air liur berkata beliau akan meneruskan rawatan dan terapi di rumah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
Mohd Na'im yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang batu karang dari kelenjar air liur berkata beliau akan meneruskan rawatan dan terapi di rumah.
"Saya merakamkan ucapan terima kasih atas segala khidmat dan jasa baik yang diberikan oleh warga kerja Hospital Putrajaya terutamanya kepada doktor dan jururawat yang merawat saya sepanjang menjalani rawatan di sini.
"Semoga Allah merahmati semua warga kerja petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan tulus ikhlas mengharapkan reda Allah jua," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook hari ini.
Mohd Na'im yang menerima rawatan di hospital itu sejak beberapa hari lepas, turut menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#Menteri Agama
#Pembedahan
#batu karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan