awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Najib Razak terima sumbangan daripada PM

Bernama
Bernama
07/01/2018
08:14 MYT
Mohd Najib Razak terima sumbangan daripada PM
Mohd Najib Razak Jefree, 8, dari Taman Selasih, Paloh Hinai, Pekan terima bantuan barangan persekolahan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto PMO
Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Paloh Hinai di sini menarik perhatian ramai apabila namanya dipanggil ke pentas untuk menerima bantuan persekolahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah, perdana menteri sendiri tergelak besar selepas nama murid itu, Mohd Najib Razak Jefree, 8, dari Taman Selasih, Paloh Hinai disebut bagi menerima bantuan berkenaan.
Datuk Seri Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut beramah mesra dengan Mohd Najib, yang ditemani ibunya, Siti Norfaizah Sh Harun, 40, semasa menyampaikan bantuan itu di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Mohd Najib ternyata gembira ketika ditanya perasaannya selepas menerima baju, beg dan kasut sekolah baharu daripada perdana menteri yang mempunyai nama yang sama sepertinya .
"Seronok dapat jumpa...perdana menteri baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Siti Norfaizah pula berkata, nama Mohd Najib diberikan oleh suaminya, Jefree Wahab, 49, kerana kagum dan bangga dengan kepimpinan perdana menteri.
"Suami cakap, nama Mohd Najib itu adalah kenangan untuknya. Malah, saya sendiri tidak tahu suami beri nama anak Mohd Najib Razak sehingga tiga minggu selepas melahirkannya (Mohd Najib).
"Walaupun terkejut tetapi saya tetap gembira dan berharap dia menjadi anak yang berguna untuk bangsa dan negara," katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, selalu bercerita tentang dirinya menjadi usikan ramai.
"Memang kerap orang tanya dia hal kerajaan dan selalu juga dia bertanya tentang apa BR1M dan sebagainya. Saya menerangkan kepadanya serba sedikit dan dia tidak kisah atau ambil hati.
"Malah, kawan-kawannya di sekolah turut mengusik apabila ada rakan di sekolahnya bernama Rosmah," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan banjir
#bantuan persekolahan
#mohd najib jefree
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Sekolah Rendah Paloh Hinai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan