awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Sidek Pengerusi Pasukan Petugas Khas siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM

Bernama
Bernama
22/02/2017
11:40 MYT
Mohd Sidek Pengerusi Pasukan Petugas Khas siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM
Terma rujukan Pasukan Petugas Khas yang dipimpin oleh Mohd Sidek itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing. - Gambar fail
Kabinet hari ini melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.
Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.
BACA: Kabinet setuju tubuh pasukan bertindak siasat kerugian urus niaga mata wang asing BNM
Pasukan tersebut akan mengemukakan syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.
"Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar.
Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.
Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Bekas Ketua Setiausaha Negara
#BNM
#forex
#matawag wang asinf
#Mohd Sidek Hassan
#pasukan petugas khas
#pejabat perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan