KUALA LUMPUR: Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata data terkini diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan luruan kedua Monsun Timur Laut 2022/2023 yang sebelum ini bermula pada 17 hingga 21 Dis, akan berlarutan sehingga 25 Dis.
"Sehubungan itu, kerajaan telah meminta supaya jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JBPN) dan daerah-daerah khususnya di kawasan hotspot bagi ketiga-tiga negeri ini, meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka," katanya selepas sesi Penyerahan Sumbangan Felda Global Ventures (FGV) kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN).
Replika cek bantuan RM5 juta itu disampaikan oleh Pengerusi FGV Datuk Zulkifli Wahab kepada Armizan di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Pada masa sama, JBPN turut diminta berhati-hati dengan kesan pascahujan iaitu keadaan pergerakan tanah yang boleh membawa risiko tanah runtuh, khususnya di kawasan berdekatan lerengan bukit pada kadar 25 darjah.
Mengulas tentang keadaan banjir yang melanda negara ketika ini, beliau berkata ia masih pada tahap dua dan dalam keadaan terkawal dengan kawal selia masih di peringkat jawatankuasa pengurusan bencana negeri masing-masing.
Katanya, sehingga 2 petang tadi, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 67,214 mangsa daripada 18,450 keluarga yang ditempatkan di 469 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 20 daerah di lima buah negeri.
Armizan berkata secara kumulatif, sejak MTL melanda negara pada awal November, sejumlah 25,635 keluarga ditempatkan di PPS melibatkan 92,157 mangsa di 11 negeri.
Menurut beliau, kerajaan juga mula mengaktifkan pusat kawalan operasi banjir (PKOB) yang diselaraskan Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melibatkan pelbagai agensi dan beroperasi 24 jam.
"Tujuannya adalah selain daripada menerima laporan, memantau keadaan banjir di seluruh negeri, PKOB di peringkat pusat juga akan ambil tindakan intervensi seperti di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Rantau Panjang di Kelantan," katanya.
Sementara itu, katanya kerajaan amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada pihak korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian yang boleh disampaikan kepada kerajaan atau secara terus kepada pihak terlibat.
"Di peringkat pusat, bantuan boleh disampaikan kepada pihak Nadma dan jika bantuan hendak disampaikan secara langsung di negeri atau daerah terlibat, kita menyarankan mereka menghubungi Jawatankuasa Bencana Daerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Armizan ketika sidang media selepas menerima replika cek sumbangan bernilai RM5 juta daripada Pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) di Pusat Media Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas
Kejadian yang berlaku sekitar pada jam 7.30 malam turut menyebabkan kenderaan terkandas.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyut arus deras di Lembah Ayeen.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.