awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana

Bernama
Bernama
17/01/2026
04:00 MYT
Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana
Arthur berkata ketepatan ramalan menerusi teknologi dan pengurusan yang cekap adalah kritikal, terutama ketika berdepan dengan MTL. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberikan keutamaan kepada usaha meningkatkan sistem amaran awal bencana tahun ini, susulan ketidaktentuan cuaca semasa akibat Monsun Timur Laut (MTL).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata langkah itu penting memandangkan ramalan terkini menunjukkan tempoh MTL tahun ini dijangka berpanjangan hingga Mac ini.
"Saya telah memasukkan keperluan sistem amaran awal ini sebagai satu fokus kementerian, lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan cuaca seperti yang kita lihat berlaku di Sabah sekarang.
"Jadi, dengan peningkatan aset dan kecekapan pengurusan, kita mesti meningkatkan juga kemampuan ramalan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah Kompleks Mini NRES Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.
Mengulas lanjut, Arthur berkata ketepatan ramalan menerusi teknologi dan pengurusan yang cekap adalah kritikal, terutama ketika berdepan dengan MTL sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
"Kita tidak mampu mengawal perubahan cuaca, tetapi kita mampu meramal bagi membolehkan kita buat persediaan awal," katanya.
Pada 14 Nov tahun lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia Ambun Dindang dilaporkan berkata MTL yang bermula pada 13 Nov dijangka berterusan hingga Mac ini.
Monsun yang bergerak dari utara ke selatan itu lazimnya memberikan kesan awal kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula pada November, sebelum menjangkau Pahang dan Johor pada fasa seterusnya. Sabah dan Sarawak juga berpotensi menerima kesan bergantung pada pergerakan monsun.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#NRES
#sistem amaran awal
#Arthur Joseph Kurup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan