Mungkin salah satu daripada 'kelebihan' Malaya berada di bawah empayar British suatu ketika dahulu adalah infrastruktur negara ini dibina atas asas kemakmuran hasil kerancakan koloni yang produktif dari segi ekonomi.
Merentas pantas perkembangan negara sejak itu, pelbagai pandangan dan hujah diketengahkan mengenai sejauh mana pencapaian Malaysia terutamanya tentang hala tuju dan aspirasi sebagai rakyat.
Adakah kita sudah melangkah lebih jauh ke hadapan atau adakah kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang sedikit sebanyak mengikis semangat daya saing, cinta negara dan pemahaman tentang perjuangan masa lalu?
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang bakal menjelang, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkongsi dengan Astro AWANI mengenai pemahaman dan penghayatan sambutan kemerdekaan tahun ini.
1. Astro AWANI: Apa maksud 60 tahun kemerdekaan negara kita?
Ibrahim: Ini adalah masa untuk memikirkan sejauh manakah kita telah mencapai aspirasi dan matlamat kita sebagai rakyat. Ini adalah masa untuk kita mengimbau pada perkara yang telah berjalan dengan lancar dan perkara yang tidak berjalan begitu lancar.
2. Adakah negara ini sedang menuju ke arah yang betul?
Ibrahim: Ini adalah soalan yang mengundang perbalahan pada masa sekarang. Rakyat kita dipecah. Separuh daripada meraka merasakan bahawa kita tidak berada di landasan yang betul kerana ketidaksamaan yang berterusan, tekanan ekonomi dan prejudis kaum. Ada juga juga kecewa dengan tadbir urus yang lemah, seperti yang dibuktikan dalam pelbagai skandal berprofil tinggi.
3. Astro AWANI: Apakah kejayaan yang paling penting yang telah kita capai sejak kemerdekaan?
Ibrahim: Malaya sentiasa merupakan negara empayar British yang paling makmur dan mempunyai koloni yang produktif dari segi ekonomi. Oleh kerana itu, infrastruktur yang cukup baik dilaburkan walaupun sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Kejayaan terbesar kita adalah membina di atas asas yang kuat itu, serta ekonomi yang terus berkembang dan menjadikan warganegara kita bahagia. Cita-cita pemimpin kita yang terdahulu, sifat keusahawanan rakyat kita, dan persefahaman antara masyarakat telah dan terus menjadi faktor yang menyumbang kepada kejayaan kita.
4. Astro AWANI: Apakah perkara yang boleh kita capai buat masa ini?
Ibrahim: Kita adalah sebuah negara yang mempunyai banyak persaingan yang berpunca daripada setiap komuniti yang berbeza dalam negara kita.
Oleh itu, jalan untuk mewujudkan identiti kebangsaan sering berbelit antara mengguna pakai pelbagai perspektif budaya (dengan menerima kepelbagaian kaum dan agama) dan mencari jalan untuk mengurangkan perbezaan tersebut dengan mengambil perspektif yang lebih asimilasi.
Ini juga bermakna identiti menjadi arena untuk ‘pertandingan politik’ yang merupakan antara perkara yang melakar kesukaran untuk mencapai rasa kebangsaan atau kepunyaan yang lebih tinggi.
5. Astro AWANI: Bagaimana penglibatan generasi muda dalam sambutan Hari Kebangsaan?
Ibrahim: Saya rasa golongan muda tidak kurang rasa bangga dengan negara kita jika dibandingan dengan golongan yang lebih tua. Mungkin cara mereka meluahkan perasaan bangga itu berbeza. Kita mendapati golongan muda dapat memisahkan pandangan mereka tentang negara dan kerajaan, Mereka mungkin tidak suka kerajaan tetapi mereka masih sangat menyayangi negara.
6. Astro AWANI: Bagaimana pula perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia?
Ibrahim: Perpaduan dan integrasi kaum adalah satu proses. Kita mempunyai kedamaian tetapi ia adalah sejenis ‘ketegangan’ yang stabil, di mana percanggahan pendapat tidak terlalu diperbesarkan demi mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Pengertian perpaduan di kalangan orang awam adalah baik walaupun sifat ahli politik kita. Penggabungan etnik akan mengambil masa. Sifat persaingan politik identiti kita dan implikasinya terhadap dasar awam menjadikannya sukar bagi integrasi sebenar untuk dicapai. Sehingga kita mempunyai perubahan politik yang nyata, perkara-perkara ini tidak akan berubah.
7. Astro AWANI: Apakah yang anda lihat dalam pencapaian Malaysia dalam 10 tahun yang akan datang?
Ibrahim: Ekonomi akan terus berkembang tetapi cabarannya (seperti yang kita lihat sekarang) adalah bagaimana untuk menjadikan angka-angka pencapaian makro ekonomi kepada peningkatan sebenar dalam kesejahteraan rakyat dan pendapatan yang lebih tinggi. Kita perlu keluar daripada pertumbuhan tanpa kekayaan.
Saya amat yakin bahawa pembangunan infrastruktur akan berterusan dan di atas kertas, kita akan dapat dikira sebagai negara maju.
8. Astro AWANI: Melalui pemerhatian saya, signifikannya untuk mengibarkan bendera Malaysia bersempena dengan Hari Merdeka semakin kurang. Adakah ini kerana rakyat zaman kurang nilai patriotiknya?
Ibrahim: Sikap masyarakat agak pesimis pada masa kini disebabkan oleh ekonomi dan polarisasi politik kita. Mungkin ini menjelaskan kenapa mereka tidak berada dalam ‘mood’ mengibarkan bendera.
T K Letchumy Tamboo
Tue Aug 29 2017

BERPANDANGAN JAUH: Ini adalah masa untuk memikirkan sejauh manakah kita telah mencapai aspirasi dan matlamat kita sebagai rakyat.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Daniel Lau Khai Wen yang berpakaian t-shirt merah ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

'Mood kibar Jalur Gemilang dipengaruhi faktor ekonomi, polarisasi politik' - Ibrahim Suffian
Dalam temu ramah eksklusif bersama Astro AWANI sempena Hari Kebangsaan yang ke-60, Ibrahim Suffian berkongsi apakah yang bermain di pemikirannya.

'Sejarah buktikan negara kita boleh dijual' - Khair Ngadiron
Sempena #60JalanMerdeka, Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron mengupas kepentingan dokumentasi dalam mempelajari sejarah kemerdekaan.

Untuk dunia seni negara, apa lagi Siti Nurhaliza mahu?
Atas semangat perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, kita dapat mengecap nikmat kemerdekaan itu dan terus melaung suara kebebasan dari terus dibelenggu penjajahan.