awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur

Bernama
Bernama
04/10/2023
13:10 MYT
MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
Menurut Arthur, usahawan dan syarikat pemula tempatan juga digalakkan untuk menceburi bidang tenaga hijau yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ini termasuk langkah libat urus dengan komuniti tempatan bagi menyelami keperluan mereka selain memastikan kemajuan teknologi yang bercirikan inklusif serta memberi manfaat kepada semua pihak.
"Borneo mempunyai potensi teknologi yang luas dan masih belum diterokai sepenuhnya. Ini adalah keutamaan kita dalam usaha mengurangkan lagi jurang (dengan Semenanjung Malaysia).
"Wilayah itu menawarkan perspektif baharu dan merupakan lubuk peluang bagi usahawan tempatan," katanya pada sesi perbincangan panel 'Connecting the Dots: Driving The Success of Malaysia's Tech Start-ups' di acara Kuala Lumpur Venture Finance Decodes di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Arthur berkata antara cabaran besar di Malaysia Timur adalah jurang digital, terutamanya berikutan kekangan infrastruktur seperti telekomunikasi walaupun kaya dengan sumber seperti simpanan arang batu terbesar di Merit Pila di tengah Sarawak dan Lembangan Meliau di Sabah.
Menurutnya, usahawan dan syarikat pemula tempatan juga digalakkan untuk menceburi bidang tenaga hijau yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan sokongan tempatan serta infrastruktur untuk syarikat pemula niaga di negara ini.
Atas kepentingan itu, kata Arthur, pihak MOSTI telah menggerakkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan ekosistem syarikat pemula niaga seperti Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula Niaga Malaysia 2021-2030 yang menggariskan visi serta strategi memajukan sains, teknologi dan inovasi.
"Kita turut giat memupuk kerjasama antara syarikat pemula niaga dengan industri. MOSTI juga bekerjasama secara aktif dengan agensi-agensi kementerian bagi menjalankan pelbagai aktiviti pemudah cara serta penskalaan perniagaan yang merangkumi bidang seperti pembiayaan, pendigitalan, pensijilan serta akses ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
"Pada masa sama, kita juga berusaha untuk memupuk dan meningkatkan lagi aspek kemahiran bakat (tenaga kerja) teknologi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asoek kemahiran
#MOSTI
#syarikat pemula
#potensi pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan