KUALA LUMPUR: Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata usaha berkenaan penting bagi memastikan Malaysia melahirkan lebih ramai pereka cipta serta inovator tempatan berkualiti pada masa akan datang yang mampu memacu ekonomi negara berasaskan inovasi.
"Negara-negara maju mengamalkan pendekatan pembelajaran melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan pembelajaran amali bermula dari peringkat awal pendidikan.
"Pembelajaran STEM perlulah mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan penerokaan terbuka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, antara bidang fokus yang dilihat mampu menjadi pengubah keadaan (game changer) kepada negara ialah cetakan 4 Dimensi (4D) atau 5D, teknologi biosains serta blok rantaian seperti yang dinyatakan di dalam Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (10-10 MySTIE).
Katanya, penguasaan bidang secara fokus dan spesifik boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam perkembangan teknologi seperti Internet Kebendaan (IoT), data raya, realiti maya dan realiti terimbuh yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan masa hadapan selari dengan ledakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
"Data daripada Pusat STEM Negara menunjukkan bahawa pada 2022, bilangan pelajar dalam bidang STEM kini berada pada kadar 47 peratus, manakala hanya 19 peratus yang mengambil jurusan sains tulen.
"Adalah penting untuk melibatkan kerjasama pelbagai pihak. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh memupuk jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta bagi menarik minat para pelajar terhadap STEM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Dr Adham berkata usaha berkenaan penting bagi memastikan Malaysia melahirkan lebih ramai pereka cipta serta inovator tempatan berkualiti pada masa akan datang yang mampu memacu ekonomi negara berasaskan inovasi. - Gambar fail

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Pameran Kejuruteraan Sains Kuala Lumpur julung kali berlangsung di Cyberjaya
Pameran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan metametik (STEM) itu juga diadakan secara hibrid di beberapa tempat berbeza.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dekati pelajar, STEM tidak lagi membosankan
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) boleh menjadi bidang yang menyeronokkan, asalkan kena dengan cara serta pendekatannya.

Petrosains ketengah sains, kelestarian dengan ciri baharu ditambah baik
Petrosains, The Discovery Centre, akan memperkenalkan pameran terbaharu iaitu autonomi yang dilengkapi pengeluaran bunyi pada Ogos depan.

eKelas: Pengalaman pembelajaran jadi lebih interaktif, seronok
Ia menyediakan lebih daripada 3,000 kandungan pembelajaran bagi mata pelajaran teras seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Petrosains RBTX Challenge dijangka tarik penyertaan 10,000 pelajar dalam, luar negara
Petrosains RBTX Challenge 2022 dijangka mampu menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelajar sekolah serta institusi pendidikan dari dalam dan luar negara.

Tingkatkan minat orang muda terhadap STEM - CEO MRANTI
Malaysia perlu berusaha meningkatkan minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

MOSTI cadang perkenal industri, teknologi dron dalam silibus STEM - Dr Adham
MOSTI akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan silibus serta menarik minat ramai terhadap subjek STEM.

KPM diarah terajui Hala Tuju STEM - Perdana Menteri
Kerajaan memandang serius jumlah pelajar dalam bidang tersebut yang kini adalah pada kadar 47 peratus dan sains tulen sebanyak 19 peratus.

Wanita dalam STEM perlu tampil sebagai contoh teladan
Hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih bidang yang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di peringkat pengajian tinggi.