ISKANDAR PUTERI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan nisbah 195 unit robot bagi 10,000 tenaga kerja manusia menjelang 2030.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat ini, nisbah jumlah robot kepada tenaga kerja manusia hanya 55 unit nisbah 10,000 orang.
Beliau berkata antara teknologi robot yang berpotensi untuk dikembangkan dan satu keperluan pada masa ini adalah teknologi robotik dron.
"Majlis Sains Negara baru-baru ini telah meluluskan Robotic Talent Development Academy dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah beberapa kementerian termasuk MOSTI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Kita bukan sahaja menganalisis keperluan semasa tetapi juga melatih bakat melalui akademi itu bagi memastikan nisbah robot kepada pekerja iaitu 195 robot kepada 10,000 pekerja menjelang 2030 tercapai," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Pertandingan Drone Edu Challenge 4IR (DEC4IR) di Tapak Pengujian Dron, DRZ Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu, MOSTI bekerjasama dengan KPM untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah.
Dr Adham dalam ucapannya berkata menerusi kerjasama MOSTI dan KPM, teknologi dron seperti reka bentuk, penggunaan dan kecerdasan buatan dapat diperkenalkan sebagai modul STEM dalam kurikulum dan ko-kurikulum sekolah untuk memastikan lebih ramai menjadikan bidang itu sebagai pilihan kerjaya masa depan.
"Teknologi dron akan berkembang lebih pesat dan laporan Drone Industry Insights tahun lepas menyatakan hasil industri dron dalam sektor komersial diramal berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.4 peratus menjelang 2026 di seluruh dunia dengan pasaran global dijangka mencapai sehingga AS$41.3 bilion," katanya.
Berhubung DEC4IR, Dr Adham berkata MOSTI menyasarkan 5,000 pelajar sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan yang berlangsung bermula bulan ini hingga Oktober depan.
Menurut beliau, DEC4IR pada 2020 telah memberi impak positif kepada lebih 3,500 pelajar diberi pendedahan terhadap dron, robotik, pengaturcaraan selain 100,000 peserta lain yang menyertai program itu secara maya.
"Pelbagai aktiviti bakal dijalankan dalam program ini seperti pembelajaran anatomi dron, penyelesaian masalah menggunakan dron, pengendalian dan juga penerbangan menggunakan kod yang dibina sendiri sekali gus menjadikan anak-anak muda lebih kreatif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Dr Adham berkata setakat ini, nisbah jumlah robot kepada tenaga kerja manusia hanya 55 unit nisbah 10,000 orang. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.