awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC atur latihan SOP baharu umrah

Bernama
Bernama
10/02/2022
09:03 MYT
MOTAC atur latihan SOP baharu umrah
Perjalanan mengerjakan umrah sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berkuat kuasa pada 8 Januari lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang mengatur sesi latihan tenaga pengajar (ToT) mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu umrah kepada semua syarikat pengendali ibadah itu di bawahnya.
MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, sesi yang akan diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan itu, adalah bagi membolehkan syarikat terlibat memberi taklimat dan penerangan kepada jemaah terutama berkaitan tiga SOP baharu berhubung aktiviti umrah bermula 14 Februari ini.
SOP baharu itu antaranya menghendaki syarikat pengendali melantik orang yang dipertanggungjawabkan (PIC) sekiranya mempunyai 40 orang jemaah dan ke atas, serta menetapkan PIC menguruskan jemaah di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia jika kumpulan mempunyai kurang daripada 40 orang jemaah.
Kerajaan juga mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak dan membenarkan mereka menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa perlu memohon kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).
Perjalanan mengerjakan umrah sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berkuat kuasa pada 8 Januari lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron.
Umat Islam dibenarkan untuk menjalani ibadah itu semula bermula Selasa lepas (8 Feb).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#SOP
#sesi latihan
#syarikat pengendali umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan