awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen
Projek Makmal Ujian MIROS perlu disiapkan ikut jadual - Ahmad Maslan
Kerajaan semak penggunaan bahan berasaskan asbestos - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC harap tindakan segera diambil memperindah lokasi tumpuan pelancong

Bernama
Bernama
12/11/2025
22:40 MYT
MOTAC harap tindakan segera diambil memperindah lokasi tumpuan pelancong
Shaharuddin (dua, kiri) menghadiri sesi ramah mesra bersama Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) di sekitar Little India dan Jalan Alor, Bukit Bintang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan segera dalam aspek pengindahan kawasan tumpuan pelancong, bagi memastikan imej Kuala Lumpur kekal menarik dan bersedia menerima kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ringkasan AI
  • MOTAC menggesa PBT untuk memperbaiki kawasan tarikan pelancong di Kuala Lumpur bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan lebih baik.
  • Ketua Setiausaha MOTAC menekankan kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan kawasan pelancongan seperti Little India dan Jalan Alor.
  • Program tinjauan mesra dijalankan untuk menilai keadaan kawasan tarikan pelancong, mendapatkan maklum balas daripada komuniti tempatan, dan memberikan bantuan kewangan untuk peningkatan infrastruktur pelancongan.

Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata perkara itu termasuk pembaikan laluan pejalan kaki, pencahayaan serta mengecat semula bangunan atau kemudahan yang pudar, bagi mengekalkan keindahan kawasan tarikan pelancong seperti di Little India, Brickfields dan Jalan Alor, di sini.
"Isu-isu kecil seperti lampu yang malap atau simen pecah tidak boleh dibiarkan terlalu lama, kerana akhirnya ia akan merosakkan pemandangan dan membahayakan pelancong.
"Walaupun kecil, apabila tular di media sosial, ia boleh menjejaskan imej kita," katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sesi tinjauan mesra bersama Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) di sekitar Little India dan Jalan Alor, Bukit Bintang malam tadi. Turut hadir Presiden KLTA Azhar Nadzir.
Program tinjauan mesra itu bertujuan menilai tahap kebersihan, penyelenggaraan dan daya tarikan pelancongan di kawasan tumpuan utama di ibu negara, selain mendapatkan input secara langsung daripada komuniti setempat dan peniaga, mengenai cabaran yang dihadapi mereka.
Shaharuddin berkata antara perkara yang dibangkitkan wakil industri dan peniaga ialah keperluan memperindah laluan pelancong, membaiki lampu yang tidak berfungsi serta memperbaharui cat yang telah pudar, selain menambah baik kemudahan seperti tempat rehat dan papan tanda pelancongan.
Beliau berkata MOTAC turut menyediakan bantuan kewangan kepada PBT bagi menaik taraf infrastruktur pelancongan, dengan peruntukan berjumlah RM80 juta diagihkan di seluruh negara tahun ini, untuk membaik pulih kemudahan di kawasan tumpuan pelancong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#pbt
#kawasan tumpuan pelancong
#Tahun Melawat Malaysia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan