KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan 13 prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan sektor pelancongan dan kebudayaan dapat dilaksanakan dalam norma baharu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri berkata SOP berkenaan dibentuk bagi membantu penggiat industri untuk terus berdaya saing dalam situasi pandemik COVID-19.
"SOP ini akan menjadi panduan kepada orang ramai serta penggiat industri bagi merancakkan sektor tersebut semasa pandemik ini.
"Penyediaan SOP ini melibatkan sesi libat urus antara MOTAC dengan pemain industri berkaitanpelancongan seperti hotel, taman tema dan agensi pelancongan," katanya dalam kenyataan Setahun Malaysia Prihatin mengenai kementeriannya pada Selasa.
Beliau berkata meskipun sektor tersebut antara yang terjejas teruk sepanjang tempoh COVID-19 melanda negara, MOTAC tetap komited melipatgandakan usaha bagi memastikan industri itu terus bertahan dan pulih dengan segera seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.
Sementara itu, Nancy berkata melalui pendekatan responsif dan progresif, begitu banyak kejayaan dicapai oleh MOTAC selama setahun ini, yang mana boleh menjadi lembaran baharu dan pemangkin untuk industri tersebut bangkit semula.
Beliau berkata ini seterusnya membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan dan kebudayaan.
"Kejayaan dicapai ketika menghadapi situasi penuh mencabar dalam tempoh setahun ini menunjukkan MOTAC sedar dan prihatin terhadap para penggiat industri yang sememangnya sangat terkesan dalam mendepani impak COVID-19 melanda negara.
"Saya menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi di bawah MOTAC untuk terus berganding bahu dalam menerajui serta memulihkan industri pelancongan, seni dan budaya negara agar lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan," katanya.
Nancy berkata selain memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, MOTAC juga telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan 2020 yang dirangka melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) melibatkan kerjasama penggiat industri.
Katanya, MOTAC juga komited memperkasakan industri kraf negara dengan membangunkan pelbagai inisiatif secara digital selaras dengan Industrial Revolution (IR 4.0), termasuk E-Kraf Bazar, MyCraftShoppe, CraftOnTheGo, Google Art and Culture.
"MOTAC juga melaksanakan Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran (PENJANA) dengan menawarkan kemudahan latihan tenaga kerja baharu kepada belia, penganggur dan individu, selain menawarkan peluang pekerjaan bersama usahawan kraf terpilih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
Nancy berkata SOP berkenaan dibentuk bagi membantu penggiat industri untuk terus berdaya saing dalam situasi pandemik COVID-19. -Bernama
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.