PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk melaksanakan pendekatan gelembung pelancongan di destinasi pelancongan utama negara selain Langkawi, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata pendekatan gelembung pelancongan berkenaan adalah bagi lokasi yang mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang mudah dikawal seperti pulau peranginan.
Katanya MOTAC menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa kerajaan sedang meneliti pandangan serta maklum balas pihak berkepentingan berhubung perancangan menjadikan Langkawi sebagai projek rintis destinasi gelembung pelancongan.
"Langkah berkenaan dibuat atas pertimbangan berdasarkan tiga aspek utama iaitu kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan serta kesejahteraan rakyat," kata Nancy.
Menurut kenyataan Muhyiddin, Kementerian Kesihatan dan pakar kesihatan menyarankan agar projek rintis berkenaan dilaksanakan hanya apabila kadar vaksinasi lengkap penduduk Langkawi mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah keseluruhan populasinya, yang dianggarkan 108,400 orang.
Kumpulan yang dibenarkan melancong ke Langkawi kelak terhad kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Nancy berkata, penduduk di pulau itu yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua adalah seramai 88,137 dan tahap imuniti kelompok dijangka berjaya dicapai pada hujung bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021
Nancy berkata pendekatan gelembung pelancongan berkenaan adalah bagi lokasi yang mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang mudah dikawal seperti pulau peranginan. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu
Pesta Angin Timur Perlis 2024 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MOTAC sasar jualan RM28 juta untuk pakej My Ramadan Experience 2024
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.