SHAH ALAM: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyemak semula sasaran jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia pada tahun ini yang mungkin melebihi daripada sasaran awal sebanyak 4.5 juta orang.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia berikutan faktor percutian mesra muslim holistik yang disediakan di negara ini telah menarik banyak negara untuk memilih Malaysia sebagai destinasi percutian.
"Susulan itu, September ini kita kena semak balik (jumlah pelancong) mungkin lebih daripada 4.5 juta. Ini dilihat dengan kedatangan pelancong China (selepas ini) yang mempunyai penduduk Islam begitu tinggi dan mereka selama ini gemar untuk datang ke Malaysia.
"Ketika menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Azerbaijan baru-baru ini, saya melihat banyak negara memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mesra muslim. Dengan wujudnya kemudahan hospitaliti mesra muslim, ia pasti akan meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini," katanya.
Beliau berkata, hasil semakan pihaknya ketika persidangan itu, kebanyakan pelancong hanya meminta bantuan kerajaan untuk meningkatkan kemudahan dari aspek perhubungan terutama kekerapan penerbangan dan penerbangan terus ke Malaysia.
Mengulas mengenai persediaan tenaga kerja bagi industri pelancongan susulan Indonesia membekukan sementara tenaga kerjanya ke Malaysia, Nancy berkata, kementeriannya turut memohon tenaga buruh asing dari negara lain, namun, kemasukan mereka ke Malaysia ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia.
"Kita hanya membantu penggiat industri terutama sekali hotel untuk mendapatkan pekerja dari negara luar. Pada masa sama, kita tidak pernah berputus asa untuk (mewujudkan peluang pekerjaan kepada) warga tempatan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) menandatangani plak pelancaran Mardhiyyah Hotel and Suites sambil diiringi Pengarah Urusan hotel itu Datuk Seri Mohamad Rafik Mohd Idris (kanan) pada majlis pelancaran hotel tersebut hari ini. - Gambar BERNAMA
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
MOTAC semak semula sasaran jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia
Sasaran jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia pada tahun ini yang mungkin melebihi daripada sasaran awal sebanyak 4.5 juta.
Kerajaan akan tingkatkan industri pelancongan Labuan
Jumlah ketibaan pelancong ke Labuan merosot 2.6 peratus daripada 1.04 juta pada 2014 kepada 1.02 juta pada 2015.