awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan

Bernama
Bernama
09/04/2021
09:33 MYT
MOTAC teruskan geran sokongan bantu pemulihan industri pelancongan
Nancy berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan penyambungan semula geran yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM30 juta sebagai langkah pemulihan industri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. - Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) yang tertangguh pada tahun lepas susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan penyambungan semula geran yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM30 juta sebagai langkah pemulihan industri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
Geran itu bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi.
"Peruntukan 'one-off' di bawah seliaan MOTAC mula digunakan pada Februari 2020 dengan baki peruntukan semasa sebanyak RM24 juta.
"Penganjuran acara dan program di bawah dana GSPSB mesti diadakan di dalam negara dengan memiliki elemen tarikan penyertaan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penggiat industri yang layak memohon GSPSB terdiri daripada syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.
"Nilai yang ditetapkan bagi penganjuran sesebuah acara atau program di bawah GSPSB adalah antara RM20,000 sehingga RM500,000. GSPSB turut ditetapkan pada kadar maksimum 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan sebenar keseluruhan acara dan program atau mengikut siling maksimum RM500,000," jelasnya.
Bagaimanapun, pertimbangan permohonan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai GSPSB, layari laman sesawang www.tourism.gov.my atau hubungi talian 03-8891 8191/8192/8196/8232.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#SOP
#PKP
#COVID-19
#GSPSB
#MOTAC
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan