awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal dirempuh kereta, murid tahun 6 putus kaki

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2019
00:33 MYT
Motosikal dirempuh kereta, murid tahun 6 putus kaki
Muhammad Zulhaikal putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi. -Astro AWANI
Seorang murid Tahun 6 putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa Muhammad Zulhaikal Mohammad, 12, membonceng motosikal bersama dua lagi sebelum dilanggar secara berdepan.
Insiden dipercayai berlaku apabila Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki dari arah Bukit Besi menghala ke Ajil cuba memotong sebuah kenderaan.
Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu bertembung dengan motosikal jenis Suzuki Step yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah bertentangan.
Penunggang motosikal Samri Said, 52, parah di bahagian kaki manakala anaknya Nur Farahiya Najwa Samri, 10, hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kes disiasat mengikut 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Bukit Besi
#Jalan Kuala Terengganu
#Mohd Adli Mat Daud
#Muhammad Zulhaikal Mohammad
#Nur Farahiya Najwa Samri
#putus kaki kanan
#Samri Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan