KOTA BELUD: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Lebak Moyoh pada Khamis.
Mangsa Noraffendi Badur, dan isterinya Adibah Jumat kedua-dua berumur 29 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO), Bomba dan Penyelamat Sabah, kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengahari itu melibatkan sebuah motosikal Yamaha 125 dengan kenderaan Toyota Land Cruiser.
"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis motosikal Yamaha 125 bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Land Cruiser.
"Terdapat tiga orang mangsa dilaporkan terlibat, seorang mangsa dari kenderaan Land Cruiser tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua orang mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM," menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan pihak polis mendapati pemandu pacuan empat roda tersebut sedang membelok untuk masuk ke sebuah kedai mencuci kereta sewaktu dirempuh oleh motosikal tersebut yang datang dari arah bertentangan.
"Hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan pacuan 4 roda (4x4), lelaki berumur 41 tahun ingin masuk ke kedai cuci kereta automatik dan pada masa yang sama sebuah motosikal yang datang dari arah jalan Tuaran menuju ke Kota Belud telah bertembung pada bahagian depan kenderaan pacuan 4 roda tersebut," katanya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu Nov 03 2022
Kedua-dua mangsa berumur 29 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM). - Foto ihsan bomba
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Motosikal rempuh pacuan empat roda, sepasang suami isteri maut
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Lebak Moyoh pada Khamis.