awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU Kerajaan dan PH: Satu titik permulaan baharu - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2021
16:32 MYT
MoU Kerajaan dan PH: Satu titik permulaan baharu - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MoU ini adalah titik permulaan baharu untuk semua pihak bersama-sama menghadapi cabaran sebagai Keluarga Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, tidak bermakna kerja kuat untuk memulihkan negara sudah berjaya.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MoU ini adalah titik permulaan baharu untuk semua pihak bersama-sama menghadapi cabaran sebagai Keluarga Malaysia.
Katanya, setelah perbincangan mendalam, parti-parti politik utama Malaysia bersetuju untuk mengetepikan cita-cita peribadi dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
"Memorandum ini bukan bermakna kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat sesuka hati.
"Memorandum ini memastikan bahawa semua ahli politik akan menggembleng sepenuhnya buah fikiran, tenaga dan kuasa untuk membantu rakyat dan negara bangkit semula setelah menghadapi cabaran COVID-19 yang kesannya cukup mendalam," katanya menerusi catatan di laman Facebooknya malam ini.
Ujarnya, MoU ini akan memastikan semua ahli politik menggembleng sepenuhnya buah fikiran, tenaga dan kuasa untuk membantu rakyat dan negara bangkit semula daripada kesan pandemik COVID-19.
Jelas Tengku Zafrul, dalam fasa pemulihan, individu akan dibantu untuk menjana pendapatan, syarikat akan dibantu untuk berkembang semula, serta ekonomi negara akan dipastikan berada di landasan terbaik.
"Memandang ke hadapan, saingan kita bukanlah sesama kita dalam negara, tapi saingan kita ialah negara-negara lain.
"Dan musuh kita juga bukanlah sesama kita, tetapi COVID-19 dan pelbagai cabaran yang sama menggerunkan seperti perubahan iklim yg menyaksikan kemusnahan di banyak negara termasuklah di negara-negara maju," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Memorandum Persefahaman
#MoU
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Keluarga Malaysia
#titik permulaan
#parti politik
#kerajaan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan