MELAKA: Ketika insan lain yang sudah menginjak ke usia emas berehat menghabiskan sisa kehidupan, ceritanya berbeza buat Awa Minhat, 79 tahun, yang terpaksa membesarkan lima cicitnya seorang diri.
Menetap di Kampungku Sayang, Bukit Piatu, di sini, warga emas ini cekal memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada cicitnya yang berusia tujuh hingga 18 tahun, termasuk seorang yang mengidap masalah usus.
Pesara atendan hospital ini berkata, dia yang sememangnya menjaga kesemua mereka sejak lahir, menggalas tanggungjawab itu sepenuhnya selepas ibu bapa kanak-kanak itu bercerai.
Selain itu, bapa mereka juga sedang menjalani hukuman di Penjara Lipat Kajang, Jasin, ketika ini.
Mesra disapa ‘emak’ oleh cicit-cicitnya, warga emas itu berkata, ramai yang tampil untuk mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat, namun berbekalkan sisa kudrat yang ada, dia tidak mahu mereka berpisah dan sanggup menjaga mereka sehingga akhir hayatnya.
“Apa nak dibuat. Mahu atau tidak, kita kena jaga mereka, sebab kasihan dengan budak-budak ini. Kalau tidak, tiada siapa hendak menjaga mereka, ibu mereka pun tidak mahu, selepas sudah berkahwin semula.
“Lagipun, saya pernah cakap kepada mereka, kalau mahu ikut dan tinggal dengan ibu, pergilah, saya tidak halang. Tetapi adik-beradik ini tidak mahu.
"Dan, meskipun ada orang luar hendak ambil sebagai anak angkat, saya tak sanggup tengok mereka berpisah,” katanya ketika ditemui di kediamannya.
Awa yang menghidap penyakit kencing manis berkata, berbekalkan wang pencen RM1,000 sebulan, dia berusaha untuk memastikan keperluan kanak-kanak itu tidak terabai terutama sekali dalam pendidikan.
Walaupun tidak dapat menyediakan hidangan mewah di atas meja seperti keluarga lain, namun katanya mereka tidak pernah terputus bekalan makanan meskipun hanya hidangan ala kadar.
“Apa pun keadaan, sikit atau banyak, yang penting saya akan pastikan makan minum, duit sakit pening untuk budak-budak ini semua cukup.
"Lagi pula, yang sulung sudah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini bekerja sambilan.
“Dengan apa yang termampu, saya juga sentiasa pastikan persekolahan mereka tidak terabai walaupun ada kekangan untuk belajar pada tempoh Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang lalu.
"Di rumah ini, tidak ada komputer riba. Manalah kami mampu,” katanya tabah.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Ditanya mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri, Awa menjelaskan, apa juga keadaan, dia akan pastikan setiap cicitnya mempunyai sepersalinan pakaian baharu.
“Setiap kali solat saya akan berdoa semoga Allah memberikan kudrat dan kesihatan yang baik kepada saya. Dan apa pun, seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap mereka akan dapat sepasang baju baharu.
“Saya bernasib baik juga kerana semua budak-budak ini tidak banyak karenah, termasuk yang kecil sekali,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Burhanuddin Bachik berkata, keluarga itu layak menerima Bantuan Kanak-Kanak berjumlah RM600 sebulan.
Katanya, bantuan itu akan diberikan kepada Awa, sebagai wakil penjaga kanak-kanak itu, bermula Mei depan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Apr 11 2022
Meskipun ada orang luar hendak ambil mereka sebagai anak angkat, saya tak sanggup tengok mereka berpisah, kata Awa ketika ditemui di kediamannya di Kampungku Sayang, Bukit Piatu, baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
Moyang cekal besarkan lima cicit seorang diri
Pesara atendan hospital ini cekal memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada cicitnya yang berusia tujuh hingga 18 tahun.
Vaksin COVID-19: Moyang kepada 171 cicit tidak takut terima suntikan
Hairan yang juga ibu kepada 10 orang anak dan nenek kepada 84 cucu itu dilihat bersemangat ketika menghadiri janji temu.
'Kuala Lumpur dahulu umpama padang jarak padang tekukur'
Jasa Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur daripada kawasan penempatan perlombongan bijih timah selepas perang saudara Selangor juga disebut Perang Klang pada awal 1870an tidak harus dilupakan.
Lapan jam dikebumi, bayi baru lahir rupa-rupanya masih hidup
Bayi itu dikatakan telah meninggal dunia kerana tidak menangis ketika dilahirkan.
Saintis dedah rupa dan wajah penduduk asal Britain
Cheddar Man kini dipercayai mempunyai kulit hitam gelap, mata biru cerah dan rambut kerinting gelap, mengikuti analisis DNA yang terbaharu.
Senapang patah dalam proses pindah milik - Polis
Siasatan awal polis mendapati senapang patah yang menyebabkan kanak-kanak berusia 8 tahun maut masih dalam proses dipindah milik dan permohonan lesen baharu untuk dimiliki suspek.
Maut tertembak senapang patah, datuk dan bapa saudara direman
Datuk dan bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut terkena tembakan senapang patah di rumah datuknya direman tujuh hari bagi membantu siasatan.