awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mozilla buang pekerja, struktur kembali penawaran produk

Amanz
Amanz
14/02/2024
03:59 MYT
Mozilla buang pekerja, struktur kembali penawaran produk
Syarikat yang terkenal dengan penawaran pelayar web Firefox berkenaan akan mengurangkan pelaburan pada produk seperti Firefox Relay, VPN, perkhidmatan sosial Mozilla dan beberapa yang lain. -Gambar fail
MOZILLA hari ini mengumumkan pengoptimasian syarikat dan organisasi mereka, sekali gus membawa kepada pembuangan sejumlah pekerja.
Ia dijangka memberikan kesan terhadap 60 orang pekerja di bawah syarikat tersebut. Pada masa yang sama, Mozilla turut menstruktur kembali penawaran produk.
Syarikat yang terkenal dengan penawaran pelayar web Firefox berkenaan akan mengurangkan pelaburan pada produk seperti Firefox Relay, VPN, perkhidmatan sosial Mozilla dan beberapa yang lain.
Pada masa yang sama, mereka turut akan menamatkan Hubs.
Bergerak ke hadapan, Mozilla menyasarkan untuk teruskan pembangunan pelayar web dan integrasi kecerdasan buatan pada Firefox.
Dengan langkah ini, Mozilla dilihat akan memfokuskan kembali pada pelayar web mereka, dan mengurangkan fokus pada produk-produk lain. -Amanz
Topic Berkaitan
#mozilla
#firefox
#Hubs
#struktur kembali penawaran produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan