Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km18.5, Jalan Beaufort-Sipitang petang tadi selepas kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mohd Azmir Abdul Razak berkata bagaimanapun dalam kejadian pada kira-kira 4.10 petang itu, Sapawi yang duduk di kerusi penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda cuma mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.
Katanya pemandu kenderaan dinaiki Sapawi dikenali sebagai Abdul Madi Awangku mengalami kecederaan parah di bahagian kaki manakala seorang lagi penumpang kenderaan dikenali sebagai Mohd Dzul Mohd Kassim juga hanya cedera ringan di kepala.
Katanya pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan itu dikenali sebagai Zarbaniah Maritus turut mengalami kecederaan parah di kaki.
Mohd Azmir berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki bersendirian oleh Zarbaniah dari arah Beaufort ke Sipitang telah terbabas dan memasuki lorong bertentangan lalu melanggar kenderaan dinaiki Sapawi.
Bernama
Sun May 08 2016
Mohd Azmir berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
MP Sipitang Datuk Sapawi terlibat kemalangan, hanya cedera ringan
Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km18.5, Jalan Beaufort-Sipitang petang tadi selepas kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas.