awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPAJ, JPS akan laksana kerja baik pulih tebing runtuh di Ampang

Bernama
Bernama
13/10/2024
10:02 MYT
MPAJ, JPS akan laksana kerja baik pulih tebing runtuh di Ampang
Keadaan tebing sungai runtuh di Taman Lembah Maju Ampang hingga menyebabkan dua kenderaan hampir terjatuh ke dalam longkang ketika tinjauan fotoBernama hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan struktur tebing sungai yang runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini semalam.

Ringkasan AI
  • MPAJ dan JPS akan membaiki tebing sungai yang runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang.
  • Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) telah mengawal lalu lintas dan menarik keluar dua kenderaan yang hampir terjatuh ke dalam longkang akibat runtuhan.
  • Penduduk Ampang diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi bencana, terutama semasa musim peralihan monsun dan tengkujuh, dan boleh menghubungi Unit PANTAS MPAJ jika berlaku sebarang bencana.

MPAJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) membuat kawalan lalu lintas di kawasan berkenaan dan dua kenderaan yang hampir terjatuh ke dalam longkang akibat runtuhan tebing itu juga telah ditarik keluar menggunakan trak tunda 9 malam tadi.
"Orang ramai khususnya penduduk Ampang diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bencana terutamanya ketika musim peralihan monsun dan tengkujuh.
"Unit PANTAS MPAJ sedia dihubungi menerusi talian 03-4285 7333 sekiranya berlaku sebarang bencana," menurut kenyataan itu.
Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara semalam menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju runtuh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata insiden kira-kira 7 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPAJ
#hujan lebat
#Taman Lembah Maju
#tebing sungai runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan