awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPH terbit buku terbaharu Dr Mahathir

Bernama
Bernama
19/11/2021
20:09 MYT
MPH terbit buku terbaharu Dr Mahathir
Buku terbaharu Dr Mahathir, 'Capturing Hope: The Struggle Continues for A New Malaysia' boleh didapati di semua kedai buku utama tidak lama lagi pada harga RM100 senaskhah (versi kulit keras). - Foto Bernama/MPH Group Publishing
KUALA LUMPUR: MPH Group Publishing sekali lagi bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menerbitkan buku terbaharunya berjudul "Capturing Hope: The Struggle Continues for A New Malaysia".
Menerusi satu kenyataan semalam, MPH memaklumkan dalam buku itu Dr Mahathir berkongsi perjalanannya yang tidak dijangka kembali menyandang jawatan perdana menteri, peristiwa yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan perubahan besar yang berlaku dalam Malaysia hari ini.
Dalam buku itu, Dr Mahathir turut melahirkan harapan generasi baharu rakyat Malaysia akan meneruskan perjuangan untuk memulihkan negara ini.
"Pada asalnya, buku itu dirancang sebagai susulan langsung kepada 'A Doctor in the House' (buku pertama Dr Mahathir).
"Kami memikirkannya beberapa ketika selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi disebabkan perubahan dalam kerajaan dan wabak melanda pada awal 2020, proses penulisan dan penerbitan buku itu juga terpaksa diubah.
"Memandangkan peranan besar Dr Mahathir dalam sejarah dan politik Malaysia, kami sangat teruja untuk akhirnya mengeluarkan buku ini selepas menyembunyikannya selama berbulan-bulan.
"Kami percaya ramai yang masih ingin tahu pemikiran beliau tentang hal ehwal semasa Malaysia dan masa depan negara dan kami ingin sekali melihat bagaimana maklum balas orang ramai," menurut MPH.
Buku itu boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia dan Singapura tidak lama lagi pada harga RM100 senaskhah (versi kulit keras). Untuk maklumat lanjut tentang buku, layari https://www.mphpublishing.com/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mph
#Buku
#Pakatan Harapan
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan