awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPK tidak mohon permit bagi pertunjukan bunga api: Polis

Bernama
Bernama
01/01/2017
08:11 MYT
MPK tidak mohon permit bagi pertunjukan bunga api: Polis
Polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu. - Facebook Amirul Hafiz Hamid
Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu.
"Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Individu yang meletupkan bahan bunga api mesti berlesen dan berkelayakan - Khalid
BACA: Saksi lihat bunga api meletup dan menuju ke arah penonton
BACA: Pasukan siasatan ditubuh siasat kes letupan bunga api di Klang
Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis hingga hari ini.
Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.
Alzafny berkata MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.
Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.
Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan.
Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.
Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.
Mohamad Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bunga api
#Klang
#letupan
#mangsa melecur
#mercun
#polis
#saksi kejadian
#sambutan tahun baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan