awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak

MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina

Bernama
Bernama
22/01/2026
02:30 MYT
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Fadhlina berkata pelaksanaan MPM bagi murid tahun empat bertujuan menilai pencapaian asas murid, khususnya dalam literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Matriks Pembelajaran tahun empat dan tingkatan tiga dilaksanakan secara berpusat, namun ia bukan sistem peperiksaan berisiko tinggi, sebaliknya bertujuan membuka ruang penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) bagi murid tahun empat bertujuan menilai pencapaian asas murid, khususnya dalam literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik, sekali gus membolehkan intervensi awal dirangka sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya.
Beliau menjelaskan perkara itu susulan persoalan masyarakat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan MPM untuk murid tahun empat dan tingkatan tiga pada Selasa lepas.
"Matriks Pembelajaran tahun empat ialah pentaksiran bertujuan menilai pencapaian murid dari segi literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik, manakala Matriks Pembelajaran tingkatan tiga pula menilai pencapaian murid dari aspek kemahiran bahasa, pengetahuan, aplikasi, penaakulan dan kemahiran proses saintifik," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
"Pelaksanaan Matriks Pembelajaran tahun empat membolehkan pencapaian murid dinilai bagi merangka program intervensi literasi dan numerasi. Ia selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 serta kurikulum baharu persekolahan," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan itu membolehkan ruang intervensi dilaksanakan semasa murid berada di tahun lima dan tahun enam, selain membantu persediaan mereka sebelum memasuki sekolah menengah serta menghadapi pentaksiran peringkat antarabangsa.
"Ini bermakna ruang intervensi boleh dilaksanakan semasa murid berada di tahun lima dan enam, sekali gus membantu persediaan mereka sebelum memasuki sekolah menengah dan menghadapi pentaksiran antarabangsa seperti SEA-PLM, TIMSS dan PISA," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPM
#Fadhlina Sidek
#peperiksaan
#murid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.