awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban tugas, kebajikan guru

Bernama
Bernama
20/01/2023
13:54 MYT
MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban tugas, kebajikan guru
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025 diarah menyediakan laporan sulung berhubung beban tugas dan kebajikan guru, yang perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025 diarah menyediakan laporan sulung berhubung beban tugas dan kebajikan guru, yang perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.
"Sebagai tindakan segera dan arahan pertama, saya arahkan laporan sulung MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru," kata Fadhlina menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurutnya, hari ini beliau telah bertemu dengan Pengerusi MPPK 2023-2025 Datuk Dr Amin Senin yang baharu dilantik, bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit di samping berkaitan dengan isu pendidikan negara.
Merujuk kepada barisan MPPK baharu, katanya enam daripada sembilan ahli MPPK dipilih dalam kalangan mereka yang berlatarbelakangkan profesion keguruan, manakala pengerusinya pula dipilih dalam kalangan mantan Ketua Pengarah Pendidikan bagi memastikan nasihat yang dikemukakan pasukan itu kelak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.
"Kriteria pemilihan kesemua ahli MPPK ini bukan berasaskan faktor bangsa tetapi atas dasar profesionalisme dan kepakaran tokoh-tokoh terbabit yang diperlukan ketika ini," katanya.
Fadhlina berkata ahli majlis MPPK akan mewujudkan jawatankuasa melibatkan setiap komposisi kaum, masyarakat Orang Asli, golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya, pemegang taruh pendidikan dan wakil pemimpin pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPPK
#Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
#laporan
#Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan