awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPV langgar lori di Lebuhraya PLUS, tiga termasuk dua warga Indonesia tersepit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/08/2022
01:20 MYT
MPV langgar lori di Lebuhraya PLUS, tiga termasuk dua warga Indonesia tersepit
Kemalangan melibatkan sebuah MPV Innova yang melanggar belakang sebuah lori dengan muatan sejuk beku, menyebabkan tiga mangsa terperangkap. - Foto ihsan JBPM Perak
KUALA KANGSAR: Tiga tersepit termasuk dua wanita warga Indonesia apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, pagi ini.
Dalam kemalangan sekitar jam 4.50 pagi itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.57 pagi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di mana MPV Innova telah melanggar bahagian belakang sebuah lori dengan muatan barangan sejuk beku.
"Pelanggaran menyebabkan tiga mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersebut.
Katanya, kesemua mereka diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan selanjutnya.
Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Meor Kamarul Hasnin Bahiran tamat jam 6.26 pagi.
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#kemalangan
#lori muatan barang sejuk beku
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan