MRL henti kerja ECRL selepas runtuhan struktur sementara hempap kereta di MRR2

Keadaan kenderaan yang dihempap runtuhan binaan di MRR2 dekat Batu Caves pada petang Selasa. -Gambar JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Runtuhan yang menghempap sebuah kenderaan dipandu seorang wanita di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves pada petang Selasa melibatkan struktur sementara temporary steel canopy.
Ringkasan AI
- Runtuhan yang melibatkan sebuah kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves disebabkan oleh kegagalan struktur sementara temporary steel canopy yang digunakan untuk kerja-kerja Road Under Bridge (RUB) ECRL.
- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menghentikan semua kerja pembinaan di kawasan tersebut sementara menunggu siasatan selesai, sambil melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur sementara di bawah pengawasan pihak berkuasa.
- MRL akan memberikan bantuan kewangan kepada pemilik kenderaan terlibat serta mengingatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian.
"Bagaimanapun struktur sementara yang digunakan bagi kerja-kerja Road Under Bridge (RUB)
dilaporkan mengalami kegagalan.
"Proses pembukaan struktur sementara dijadualkan bermula Khamis ini selepas menerima kelulusan agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Susulan kejadian, semua kerja pembinaan di kawasan terlibat dihentikan sementara menunggu siasatan selesai.
Menurut MRL, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur sementara sedang dijalankan di bawah penyeliaan pihak berkuasa.
MRL turut menegaskan bahawa pihaknya komited memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan serta memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, ECRL akan memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik kenderaan terlibat sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan proses tuntutan yang berkaitan.
"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian," ujarnya.
Dalam kejadian petang tadi, seorang wanita nyaris maut selepasnya kenderaan dipandunya dihempap runtuhan binaan projek ECRL.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa, Gogilavani Ponnar, dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.
Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi, dan pasukan tiba pada jam 2.14 petang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah struktur yang dilaporkan mengalami kegagalan dan berkaitan dengan kejadian runtuhan kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Batu Caves? A: Struktur sementara temporary steel canopy yang digunakan bagi kerja-kerja Road Under Bridge (RUB) dilaporkan mengalami kegagalan, menyebabkan kejadian runtuhan kenderaan di lokasi tersebut.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) susulan kejadian tersebut? A: MRL menghentikan sementara semua kerja pembinaan di kawasan terlibat, sambil menunggu siasatan selesai. Mereka juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur sementara di bawah pengawasan pihak berkuasa.
- Q: Apakah bantuan yang akan diberikan oleh ECRL kepada pemilik kenderaan yang terlibar dalam kejadian tersebut? A: ECRL akan memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik kenderaan yang terlibat sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan proses tuntutan yang berkaitan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

