awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas

Bernama
Bernama
30/12/2023
14:25 MYT
Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas
Vanishaantini berkata dirinya mengambil cabaran untuk memperagakan kostum seberat kira-kira 10 kilogram itu dengan membuat persediaan dari segi mental serta fizikal. - Gambar Bernama
KLANG: Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari ini.
Direka oleh Saran Anak Lagong, kostum bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter lebar itu juga berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai "Kostum Wau Terbesar" dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini pada Sabtu.
Vanishaantini, 27, berkata penyertaan beliau ke pertandingan itu diharap dapat membawa nama Malaysia dengan memaparkan keunikan kehalusan seni kraf tempatan.
"Saya berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan membawa kostum ini kerana saya mahu membawa sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata dirinya mengambil cabaran untuk memperagakan kostum seberat kira-kira 10 kilogram itu dengan membuat persediaan dari segi mental serta fizikal.
"Sejak Mac lagi, saya secara berterusan berlatih catwalk, menjaga kesihatan dan pada masa sama mengendalikan perniagaan selain terlibat dengan kerja-kerja sosial. Saya berharap dapat membuat yang terbaik pada pertandingan itu nanti," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Book of Records
#menjaga kesihatan
#seni kraf tempatan
#kostum wau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan