awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'MRSM PDRM kedua akan dibina di Perak' - Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
02/05/2016
07:41 MYT
'MRSM PDRM kedua akan dibina di Perak' - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, pembinaan MRSM PDRM merupakan langkah kebajikan yang mengutamakan anak-anak polis sama seperti MRSM untuk tentera. - Gambar fail
Sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibina di Perak selepas yang pertama di kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tapak untuk MRSM PDRM itu juga sudah dibeli dan tender pembinaannya akan dikeluarkan pada Jun ini.
Katanya, ia merupakan langkah kebajikan yang mengutamakan anak-anak polis sama seperti MRSM untuk tentera.
"Saya berhasrat untuk menubuhkan sebuah MRSM PDRM di Perak, tanahnya sudah dibeli dan tender pada Jun ini. Ia akan didirikan di atas tanah seluas 50 ekar," katanya semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.
Pada majlis itu juga Ahmad Zahid mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 masing-masing untuk naik taraf surau dan gereja di PGA Kuching.
Selain itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan bantuan sebanyak RM50,000 untuk program Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuching.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan, pihaknya akan menerapkan kaedah pemodenan polis yang merangkumi kemudahan kediaman bagi seluruh pasukan di bawah PDRM.
"Ia aspek kebajikan selain mengubah suai beberapa ibu pejabat kontinjen dan ibu pejabat polis daerah.
"Walaupun kita sedar ada kekangan kewangan tetapi pihak kementerian akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua kemudahan ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Maktab Rendah Sains Mara
#MRSM
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan