awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia terima permohonan ekstradisi Zakir Naik

Bernama
Bernama
28/06/2019
10:33 MYT
M'sia terima permohonan ekstradisi Zakir Naik
Kerajaan India dilihat begitu terdesak untuk menahan Zakir (gambar) atas tuduhan pengubahan wang haram di India. - Gambar fail
Malaysia telah menerima permohonan daripada kerajaan India bagi mengekstradisi pendakwah terkenal Dr Zakir Naik, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata kerajaan masih berpegang kepada pendirian asal iaitu tidak akan menghantar Zakir pulang ke negara asalnya.
"Nota (permohonan mengekstradisi) daripada kerajaan India sudah diterima, saya tidak ingat bila, tetapi kita sudah terima. Buat masa ini, kita tidak ada keputusan baru, masih dengan keputusan asal," katanya semasa ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia bertegas tidak akan membenarkan ekstradisi Zakir.
Saifuddin berkata demikian selepas melancarkan buku berjudul Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing: Melewati Pertukaran Rejim tulisan Muhammad Takiyuddin Ismail terbitan Universiti Malaya (UM) Press di sini, hari ini.
Malaysia sebelum ini menyatakan pendirian bahawa negara mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas kerajaan India dilihat begitu terdesak untuk menahan Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram di India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekstradisi
#haram
#India
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#pendakwah
#pengubahan wang haram
#Saifuddin Abdullah
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan