awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTGC dakwa pelancong terpaksa tunggu lama masuk ke Malaysia melalui Linkedua

Bernama
Bernama
18/06/2022
10:19 MYT
MTGC dakwa pelancong terpaksa tunggu lama masuk ke Malaysia melalui Linkedua
MTGC mendakwa pelancong yang menaiki bas pelancongan menerusi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) terpaksa menunggu selama berjam-jam di pintu sempadan sebelum dapat memasuki Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC) mendakwa pelancong yang menaiki bas pelancongan menerusi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) terpaksa menunggu selama berjam-jam di pintu sempadan sebelum dapat memasuki Malaysia.
Presidennya Jimmy Leong Wie Kong berkata keadaan itu amat membimbangkan dan tidak boleh diterima dan ia boleh menjejaskan industri pelancongan.
"Pelancong yang datang melalui bas-bas pelancongan menerusi Linkedua pada pukul 8.30 pagi (hari ini) masih menunggu dalam barisan sehingga pukul 12.30 tengah hari. Empat jam lamanya.
"Kakitangan RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) memberi keutamaan kepada bas awam tempatan dan ini (keadaan ini) menyebabkan bas-bas pelancong bergerak dengan perlahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Justeru beliau berharap kerajaan Johor menyedari keadaan ini dan akan memberi perhatian serius dalam urusan di pintu masuk negara dan mencari jalan penyelesaian.
"Sekarang sempadan telah dibuka semula, industri seharusnya meningkatkan perkhidmatan demi keselesaan para pelawat," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MTGC
#LINKEDUA
#Malaysia-Singapura
#Majlis Pemandu Pelancong Malaysia
#Jimmy Leong Wie Kong
#pintu sempadan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan