awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
30/11/2024
12:56 MYT
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan cerun dan lereng bukit serta gunung, supaya lebih berhati-hati sepanjang musim MTL. - Bernama
KUALA BERANG: Pihak berkaitan telah diarahkan untuk mempergiat lagi aktiviti memantau kawasan berisiko di lereng bukit atau cerun, bagi mengelak kejadian tanah runtuh sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia juga bagi memastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, dekat sini, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang, selain runtuhan susulan di lokasi sama tidak berlaku.
"Isu berkaitan tanah runtuh ini di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), jadi, kita akan menghantar pasukan daripada jabatan itu untuk ke lokasi (tanah runtuh).
"Ia kerana kita ingin melihat jika masih ada laluan air bawah tanah yang dikhuatiri menyebabkan berlaku runtuhan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi runtuhan tanah Kampung Bukit Apit dan meninjau lokasi runtuhan bersama beberapa agensi dan jabatan kerajaan, di sini, hari ini.
Pada lawatan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut menyampaikan sumbangan kepada ibu mangsa Ruziah Fuad, 46, yang kini menetap di rumah sewa baharu disediakan kerajaan negeri di kawasan berhampiran.
Dalam kejadian tanah runtuh pada 4.30 petang semalam, mangsa pertama Uzair Azman, 17, ditemukan selamat di bawah runtuhan dinding konkrit di ruang tamu rumah, manakala mayat dua adiknya Puteri Sajidah, 16, dan Siti Fatimah, 13, ditemukan dalam keadaan tertimbus di bawah runtuhan.
Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan cerun dan lereng bukit serta gunung, supaya lebih berhati-hati sepanjang musim MTL yang dijangka berlarutan sehingga Mac tahun hadapan.
Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk bersiap siaga berikutan fenomena MTL kali ini dijangka lebih teruk berbanding 2014 dan dijangka berlaku tidak hanya di negeri-negeri di Pantai Timur, malah di negeri lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#kehilangan nyawa
#Ahmad Zahid Hamidi
#hujan lebat
#pantau kawasan berisikp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan