awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTVET perakui penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri - PM

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2022
07:25 MYT
MTVET perakui penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri - PM
Ismail Sabri berkata, badan yang diterajui industri tersebut akan terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET negara khususnya berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperakui penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri.
Ismail Sabri berkata, badan yang diterajui industri tersebut akan terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET negara khususnya berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja.
"Keanggotaan GITC terdiri daripada 12 persatuan berdasarkan sektor industri yang bersetuju bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda TVET negara melalui GITC," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ismail Sabri sebelum itu mempengerusikan mesyuarat tersebut secara telesidang yang dihadiri 13 menteri, tokoh industri termasuk dari Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia, ahli akademik dan wakil pelajar.
Katanya, mesyuarat itu juga telah bersetuju dengan pelaksanaan TVET Collaboration Hub, melibatkan 11 kementerian dan diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Inisiatif ini bakal menjadi platform kolaborasi strategik kepakaran, peralatan dan teknologi antara pusat kecemerlangan dengan institusi-institusi TVET, pihak berkuasa wilayah ekonomi dan industri.
"Sejumlah 12 hab telah dikenal pasti termasuk automotif, semikonduktor, marin, penyaman udara, aeroangkasa, robotik, rel, telekomunikasi, hospitaliti dan pelancongan serta teknologi makanan yang akan dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata mesyuarat itu turut bersetuju secara dasar dengan cadangan penarafan tunggal TVET.
Bagaimanapun, proses libat urus bersama kementerian serta industri perlu dilaksanakan sebelum dibentangkan semula dalam mesyuarat MTVET akan datang.
Inisiatif itu katanya dijangka akan memperkukuh simbiosis ekosistem TVET dalam menghubungkan pihak-pihak yang terlibat untuk merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#TVET
#perindustrian
#kemahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan