awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat naik hantaran jelik, teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2022
06:25 MYT
Muat naik hantaran jelik, teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah
V Alexander Navin, 38, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, pada Rabu. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Teman lelaki kepada pelawak wanita yang didakwa menghina Islam dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial.
Tertuduh, V Alexander Navin, 38, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus, pada Rabu.
Menerusi pertuduhan pertama, dia didakwa memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter 'greenleafyconnoiseur' di pautan Instagram dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Kesalahan itu dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini.
Untuk pertuduhan kedua, dia dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.
Hantaran Jelik | Teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 1 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, teman wanitanya, Siti Nuramira Abdullah turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina Islam ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur pada Rabu.
Wanita itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.
Siti Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan kegusaran dan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama, di antara orang-orang yang menganut agama yang sama ketika mengadakah persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.
Topic Berkaitan
#hina Islam
#V Alexander Navin
#Siti Nuramira Abdullah
#Crackhouse Comedy Club
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan