awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mudah difahami dan interaktif, DBNA hasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek Bidayuh

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2021
14:28 MYT
Mudah difahami dan interaktif, DBNA hasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek Bidayuh
Video interaktif yang dihasilkan ini lebih mudah difahami terutamanya buat penduduk di luar bandar, khususnya golongan warga emas. - Gambar DBNA
KUALA LUMPUR:Kaedah mahupun cara penyampaian sesuatu maklumat khasnya yang melibatkan isu-isu semasa memainkan peranan penting untuk pemahaman masyarakat.
Melihat kepada aspek itu, Persatuan Nasional Dayak Bidayuh (DBNA) mengambil pendekatan yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek etnik pribumi, Bidayuh.
Video berdurasi dua minit turut tersedia dalam empat versi dalam dialek utama Bidayuh iaitu Bukar Sadong, Bidayuh Bau, Biatah dan Salako.
Menurut Penasihat DBNA, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dalam satu kenyataan pada Ahad, video-video berkenaan akan disalurkan kepada masyarakat Bidayuh khasnya di kawasan luar bandar.
Selain mudah difahami, ia turut diolah bagi memberi gambaran jelas terutamaya buat golongan warga emas.
Tingkat Kesedaran | Video mengenai COVID-19 dalam empat dialek bahasa Bidayuh
AWANI Sarawak [14/02/2021] - 161 kes positif | Bantu tingkat kesedaran | Alternatif pelajar luar bandar
Kandungannya memaparkan visual interaktif serta informasi yang memberi peringatan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan di peringkat komuniti.
Ia sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai COVID-19 di Sarawak.
Selain itu, kata Presiden DBNA, Datuk Ik Pahon Joyik, video ini dihasilkan ekoran peningkatan kes COVID-19 di kawasan perkampungan.
Beliau memberi contoh Kluster Tabong yang baharu dikesan di Bau sebelum ini.
Ujarnya, keempat-empat video itu telah dimuat naik di laman Facebook rasmi DBNA.
Topic Berkaitan
#Dialek Bidayuh
#video kesedaran
#pandemik
#COVID-19
#masyarakat luar bandar
#Persatuan Nasional Dayak Bidayuh
#DBNA
#Michael Manyin Jawong
#Ik Pahon Joyik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan