awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Negeri Sembilan pertahankan undang-undang diguna Mahkamah Syariah Negeri

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2014
07:06 MYT
Mufti Negeri Sembilan pertahankan undang-undang diguna Mahkamah Syariah Negeri
Mufti Negeri Sembilan pertahankan undang-undang diguna Mahkamah Syariah Negeri
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad mempertahankan undang-undang yang digunakan Mahkamah Syariah Negeri yang disifatkannya berlandaskan al-Quran dan hadis, lapor Sinar Harian.
Mohd Yusof mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.
Beliau dilaporkan menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tiga golongan transgender itu sebagai tidak berasaskan ajaran agama Islam.
"Saya berdiri di atas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya.
"Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah," Mohd Yusof dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim berkata, Perlembagaan diwujudkan bagi melindungi minoriti dari kezaliman majoriti selain mendapati hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik.
Mengikut Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Mufti Negeri Sembilan
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan