awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Perlis lapor polis terima ugutan, ancaman

Bernama
Bernama
02/05/2019
04:27 MYT
Mufti Perlis lapor polis terima ugutan, ancaman
Mohd Asri menerima satu mesej daripada pemilik akuan Facebook bernama Sandev Sandev kira-kira 6 petang semalam yang turut mengancam untuk memukulnya sehingga cedera parah. -Gambar fail
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin membuat laporan polis selepas menerima mesej berbaur ancaman dan ugutan yang membahayakan dirinya di laman Facebook, semalam.
Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata Mohd Asri membuat laporan itu di Balai Polis Padang Besar kira-kira 6.30 petang semalam kerana bimbang keselamatan diri serta keluarganya.
“Mohd Asri menerima satu mesej daripada pemilik akuan Facebook bernama ‘Sandev Sandev’ kira-kira 6 petang semalam yang turut mengancam untuk memukulnya sehingga cedera parah.
"Pemilik Facebook tersebut turut memberikan nombor telefon dan meminta Mohd Asri menghubunginya,” katanya.
Beliau berkata suspek turut meminta alamat Mohd Asri bagi membolehkannya memukul mufti itu.
Noor Mushar berkata polis telah mengambil keterangan Mohd Asri berhubung perkara itu dan sedang mengesan suspek berumur 36 tahun yang dipercayai menetap di Pulau Pinang.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Padang Besar
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Noor Mushar Mohd
#Sandev Sandev
#Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
#Seksyen 506 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan