Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan penamatan dan penukaran lebih 25 orang imam di Perlis adalah di luar bidang kuasanya.
Katanya keputusan penamatan khidmat dan pertukaran imam-imam tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan bukan bidang kuasa Jabatan Mufti.
"Sebenarnya penamatan kontrak imam atau imam yang ditukar ini berlaku di semua negeri, bukan di Perlis sahaja," kata Mohd Asri kepada Bernama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa masjid di Perlis yang membuat bantahan aman mendesak supaya khidmat imam-imam tersebut disambung semula.
BACA: Ada tiga sebab 25 imam di Perlis ditamatkan jawatan
BACA: Beri penjelasan segera imam yang dipecat
Mohd Asri berada di sini menyertai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program Ziarah Mahabbah MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) ke Wilayah Ranong dan Chumphon.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga berkenan menyertainya. Program itu turut disertai Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Sebelum ini tular mengenai tindakan JAIPs menamatkan 25 imam dan 10 lagi ditukarkan ke kariah lain dengan surat bertarikh 31 Dis lepas tanpa menyatakan sebab.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
MOHD ASRI: Sebenarnya penamatan kontrak imam atau imam yang ditukar ini berlaku di semua negeri. - Gambar fail
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
AS ulangi pendirian sokong protes aman di China
John Kirby berkata, AS sentiasa berpegang kepada hak perhimpunan bebas dan bantahan aman.
500 anggota NUBE adakan bantahan aman, tuntut selesai isu kesatuan
Perak negeri ketiga mengadakan siri bantahan itu selepas Johor dan Pulau Pinang, masing-masing pada 10 dan 26 Mac lepas.
Projek LRT Bayan Lepas tidak akan sentuh kawasan masjid, perkuburan
MAINPP bersetuju dengan cadangan Jajaran LRT berhampiran tapak kubur dan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar diletakkan bersebelahan dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah.
Mufti Perlis perjelas penamatan imam bukan bidang kuasanya
Keputusan penamatan khidmat dan pertukaran imam-imam tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).