awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Perlis seru umat Islam bantu saudara seagama di Rakhine

Bernama
Bernama
05/09/2017
05:15 MYT
Mufti Perlis seru umat Islam bantu saudara seagama di Rakhine
MOHD ASRI: Tunjukkanlah semangat persaudaraan dan simpati kita kepada saudara-saudara kita yang sedang dibunuh dengan rakusnya.
Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam di negara ini membantu saudara seagama etnik Rohingya yang kini tersepit dan menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.
Katanya inilah masa umat Islam menunjukkan kepada dunia betapa agama Islam mencintai keamanan.
"Tunjukkanlah semangat persaudaraan dan simpati kita kepada saudara-saudara kita yang sedang dibunuh dengan rakusnya. Hulurkan bantuan dengan kadar yang mampu. Gambarkan kepada dunia betapa umat mencintai keamanan," katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau hari ini.
Pada masa sama beliau turut meluahkan rasa kecewa dengan masyarakat dunia yang tidak melabelkan rejim tentera Myanmar sebagai pengganas.
"Rejim Myanmar dan pelampau Buddha bertindak seolah-olah mereka pengganas dan malangnya pihak-pihak yang sepatutnya menghalang perbuatan itu berdiam diri," katanya.
Media antarabangsa melaporkan keganasan pasukan keselamatan Myanmar terhadap etnik Islam Rohingya di Rakhine kali ini adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara itu dengan hampir 90,000 golongan berkenaan melarikan diri ke Bangladesh selain ada yang terperangkap di kawasan pergunungan tanpa sebarang bekalan asas.
Laporan media menyebut pasukan tentera Myanmar melancarkan operasi ke atas masyarakat minoriti itu selepas sekumpulan kecil militan Rohingya melakukan serangan terhadap pos kawalan sempadan pada Ogos lalu yang menyaksikan 12 anggota pasukan keselamatan Myanmar terbunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Buddha
#etnik islam
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mufti Perlis
#rejim myanmar
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan