KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah tidak menolak kemungkinan tekanan menjadi punca ada pihak tidak bersetuju dengan kenyataannya mengenai larangan rentas negeri April lalu.
Katanya, beliau memahami keadaan sesetengah pihak pada ketika itu yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa ibu bapa setelah sekian lama, termasuk bagi menyambut Aidilfitri.
Ia susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19.
"Kalau kita lihat keseluruhan ucapan saya itu, merujuk kepada kita perlu patuh arahan ulul amri (pemimpin).
"Dan, kalau saja-saja hendak rentas negeri tanpa ada keperluan, sampai kepada peringkat menipu dokumen, adakah kita boleh terima keadaan itu?
"Jadi, mungkin mereka melihat dari perspektif berbeza. Sebab, kita boleh faham, kita sudah lama dalam situasi begini, tak boleh berjumpa ibu bapa dan sebagainya.
"Mungkin tekanan itu juga mengganggu pemikiran mereka, yang akhirnya mereka begitu tidak bersetuju dengan pandangan saya," katanya.
Beliau berkata demikian pada webinar Islam dan Isu Semasa: Sosialisasi Agamawan Dalam Menangani COVID-19 yang disiarkan di Live FB Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) dan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) malam tadi.
Mengulas lanjut, Luqman berkata, kenyataan beliau mengenai hukum haram rentas negeri pada ketika itu dibuat semasa menjawab soalan seorang peserta seminar.
"Ketika itu kita tidak dibenarkan merentas negeri. Saya memberi perspektif saya berasaskan kepada arahan ulul amri.
"Pada masa itu juga kita lihat banyak laporan akhbar yang merujuk kepada pelanggaran-pelanggaran dan penipuan dokumen yang berlaku di kalangan orang ramai yang merentas negeri," katanya.
BACA: COVID-19: Haram langgar larangan rentas negeri - Mufti Wilayah
Pada 30 April lalu, Luqman berkata, haram hukumnya ingkar larangan merentas negeri yang ditetapkan kerajaan, untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Beliau membuat kenyataan itu pada satu seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan itu turut menjadi perdebatan sesetengah pihak dan ada yang bersetuju serta tidak kurang pula yang mengecam hukum haram berkenaan terutama di media sosial.
Rahimah Abdullah
Sun Jun 20 2021
LUQMAN: Mungkin tekanan itu mengganggu pemikiran mereka, yang akhirnya mereka begitu tidak bersetuju dengan pandangan saya. - Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.