GEORGE TOWN: Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang baharu.
Muhammad Fauzi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua adalah Ketua Pembangkang pertama daripada Pas, yang juga mewakili blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang.
Katanya, pelantikan itu dibuat oleh kepimpinan pusat PN yang mana, surat berkenaan perkara itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang sejak sebulan lalu.
"Secara tidak rasmi, ya (Ketua Pembangkang) kerana Speaker belum umum. Kepimpinan PN yang buat keputusan, malah surat sudah diserahkan kepada Speaker sebulan lalu.
"PN telah memutuskan maknanya saya (dilantik) sebagai pembangkang. Nama sudah pun diberikan kepada Speaker. Insya-ALLAH Isnin ini akan umum," ketika ditemui di pekarangan Bangunan DUN selepas perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang DUN Pulau Pinang ke-15 di sini pada Jumaat.
Ditanya mengenai isu yang akan dibawa nanti, Muhammad Fauzi berkata, ia berkait rapat dengan isu rakyat selain akan memastikan kerajaan negeri mencapai objektifnya.
"Perancangan isu berdasarkan hasil kita turun padang, bertemu masyarakat, mendapat 'feedback' daripada pelbagai pihak. Itu yang akan dibahaskan di dalam Dewan kelak.
"Isu yang berkaitan dengan rakyat kerana kita mahu bina dan supaya kerajaan negeri capai objektifnya," katanya.
Sementara itu, Mohd Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) berkata, PN akan memeriahkan Dewan pada penggal ini berikutan blok pembangkang kini mempunyai 11 wakil.
"Pembangkang ada 11 sekarang, dahulu saya seorang (daripada Pas). Seronok lah kali ini. Kita akan memanaskan dan memeriahkan Dewan nanti. Jangan bimbang.
"Kita juga akan 'check and balance' apa yang akan dibuat oleh kerajaan negeri.Setiap daripada kita akan pegang portfolio Exco untuk kita pantau," katanya.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada Ogos lalu, PN menang di 11 daripada 40 kerusi yang ditandingi iaitu Penaga, Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Pulau Betong, Telok Bahang, Sungai Bakap, Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.
Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi 29 kerusi iaitu melebihi 21 kerusi DUN yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah daripada keseluruhan 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Kemenangan itu membuktikan PH kekal berkuasa dan mentadbir negeri ini buat penggal keempat berturut-turut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023
Muhammad Fauzi. - Foto Sinar Harian
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Muhammad Fauzi Ketua Pembangkang Pulau Pinang baharu
ADUN Sungai Dua itu adalah Ketua Pembangkang pertama daripada Pas, yang juga mewakili blok pembangkang Perikatan Nasional di Pulau Pinang.
Fatwa: PAS P.Pinang akan serah memorandum kepada YDP Agong
PAS negeri konsisten meminta kerajaan negeri menarik balik pekeliling menyatakan keputusan mewartakan sesuatu fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dirujuk kepada MMK Pulau Pinang terlebih dahulu.
PAS P.Pinang kemuka usul putus hubungan dengan PKR
PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Muktamar PAS Ke-63.