awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Rawi dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu

Bernama
Bernama
02/09/2025
12:30 MYT
Muhammad Rawi dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia baharu
Muhammad Rawi menggantikan Dr Rosli Darmawan yang bersara wajib pada 3 Julai lepas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa hari ini.
Muhammad Rawi menggantikan Dr Rosli Darmawan yang bersara wajib pada 3 Julai lepas.
Agensi Nuklear Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Muhammad Rawi berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman luas dan kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan teknologi nuklear.
Muhammad Rawi adalah pemegang ijazah pertama Sains Gunaan dalam bidang fizik gunaan dari Universiti Sains Malaysia, ijazah sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang kejuruteraan bahan dan mekanik (Finite Element Method) dan seterusnya ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang fizik (Strain Induced Crystallization) dari Keele University, England.
Beliau berpengalaman dalam teknologi radioisotop terkedap dalam industri dan pemodelan finite element bagi mekanik bahan, selain pernah memegang tanggungjawab sebagai ketua seksyen dan pengurus reaktor TRIGA PUSPATI selama lima tahun.
"Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Pasukan Penasihat Keselamatan Reaktor Penyelidikan Nuklear di rantau Asia Pasifik. Fokus penyelidikan beliau meliputi pengimejan neutron radiografi dan tomografi di reaktor TRIGA PUSPATI.
"Beliau juga berpeluang melakukan eksperimen pengimejan neutron di reaktor penyelidikan JRR3-M di Jepun, Siwabessy di Indonesia dan OPAL di Australia," menurut kenyataan itu.
Agensi Nuklear Malaysia turut mengumumkan pelantikan Dr Ishak Mansor sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) agensi itu berkuat kuasa tarikh sama.
"Dengan pelantikan kepimpinan baharu ini, Agensi Nuklear Malaysia yakin agensi ini akan terus melakar kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear secara cekap dan berkesan serta seiring dengan aspirasi negara.
"Seluruh warga kerja Agensi Nuklear Malaysia mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan itu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#teknologi nuklear
#TRIGA PUSPATI
#ketua seksyen
#pengalaman luas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan