Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Muhdalena Ahmad sedar akan perbuatannya ketika kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, tiga tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof berhujah bahawa bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga sedar perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang apabila polis menghampiri mereka ketika itu.
"Responden (Muhdalena) tidak ingat didatangi oleh dua anggota polis tetapi boleh ingat polis menembaknya.
"Hal ini menunjukkan responden dapat membuat penilaian situasi semasa dan sangat konsisten dengan keadaan orang lain yang sempurna akal," katanya dalam rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Muhdalena, 30, daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk itu.
Dalam hujahnya, Ishak juga mempertikaikan keterangan saksi pembelaan kedua, Pakar Perunding Psikiatrik Forensik, Dr Raba'iah Mohd Salleh, yang berpendapat Muhdalena berada dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar semasa kejadian.
Ishak berkata Dr Raba'iah hanya menemuduga Muhdalena beberapa kali dalam tempoh 11 hari sepanjang 23 hari wanita itu berada di Hospital Bahagia (Tanjung Rambutan) Ulu Kinta, Perak, bermula 12 Okt 2012.
"Dalam tempoh 11 hari itu, Dr Raba'iah memberitahu beliau hanya menemuduga Muhdalena pada tarikh-tarikh tertentu sahaja dan selebihnya dilakukan oleh pegawai perubatan yang menjaga responden.
"Justeru itu, Dr Raba'iah hanya melakukan temuduga beberapa kali sahaja dan kuantiti itu tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu mengalami penyakit mental," katanya.
Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.
Mahkamah Sesyen itu mendapati wanita itu mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor, sementara menunggu perkenan Yang diPertuan Agong.
Empat pertuduhan itu ialah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran.
Dalam hujahnya, Ishak juga berkata kegagalan pembelaan memanggil saksi material seperti bapa, suami dan ahli keluarga Muhdalena bagi membuktikan 'ketidakwarasan atas imbangan kebarangkalian' turut dipertikaikan memandangkan mereka adalah saksi yang penting dan relevan.
"Bapa dan ahli keluarga penting bagi membuktikan sejarah responden sejak kecil manakala suami pula merupakan saksi penting untuk memberitahu tingkah laku responden semasa mereka berumah tangga," katanya.
Oleh itu, Ishak berkata hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila melepaskan Muhdalena atas alasan ketidaksempurnaan akal dan memohon mahkamah mengetepikan keputusan itu serta mensabitkan wanita itu terhadap empat pertuduhan tersebut.
Peguam M. Visvanathan, mewakili Muhdalena, berhujah bahawa Dr Raba'iah merupakan saksi pakar psikiatri forensik yang kerap dipanggil pihak pendakwaan dalam banyak kes jenayah yang lain.
"Saksi ini sendiri yang mengesahkan pada tarikh dan semasa kejadian responden berada dalam keadaan yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat serta akibat daripada perbuatannya.
"Kami dengan rendah diri menghujahkan bahawa pembelaan berjaya membuktikan tertuduh pada masa kejadian seperti dalam pertuduhan adalah tidak waras dan tidak sedar akibat perlakuannya," katanya.
Hakim Kamardin Hashim menetapkan 16 Oktober ini untuk keputusan rayuan tersebut.
Bernama
Wed Sep 30 2015
Muhdalena sedar akan perbuatannya ketika kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, tiga tahun lepas. - Gambar Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Muhdalena sedar perbuatannya ketika kejadian amuk, hujah pendakwa
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Muhdalena Ahmad sedar akan perbuatannya ketika kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan kompleks kerajaan tiga tahun lalu.